CoFFee & SniCkeRs






Kisah Timba yang Bersedih

Saturday, 28 March 2009

Assalamualaikum w.b.t

Di bawah merupakan cerita menggunakan nama-nama rekaan yang tak ada kaitan dengan hidup mahupun yang telah pergi.

Alkisah…….

Perang dan Itam adalah dua timba yang digunakan oleh Seri sejak dari kecil untuk mengangkut air dari perigi setiap hari untuk bekalan air di rumah. Itu cuma satu contoh tugas ringan dari siri kerahan tenaga oleh ibu tirinya Mak Lola. Menggunakan sebatang kayu, Perang dikandar disebelah kirinya manakala Itam di sebelah kanan.

Itam mempunyai rekahan di dasarnya. Sepanjang perjalanan, air akan menitis keluar dari timba lalu setiap kali, cuma setengah timba air yang tinggal setiba di rumah. Manakala Perang sempurna tanpa cacat cela menampung keseluruhan air. Ini membawa kepada perasaan rendah diri pada Itam. Selepas beberapa tahun, Itam akhirnya tidak mampu lagi membendung perasaan lalu berkata pada Seri,

”Aku amat tidak berguna. Kau bersusah payah menimba air dan mengangkatnya namun disebabkan rekahan di tubuhku, kerjamu jadi sia-sia”
”Aku tidak sesempurna Perang yang mampu melakukan tugasnya dengan baik”

Seri tersenyum sambil mencapai Itam lalu dibawa berjalan sepanjang laluan ke perigi. Alangkah peliknya Itam bila sebelah bahu jalan ditumbuhi pokok-pokok bunga manakala yang sebelah lagi hanyalah batu-batu kelihatan. Melihat riak kekeliruan pada wajah Itam, Seri menjelaskan,

” Aku sedar akan rekahan yang ada padamu. Lalu sengaja aku tanam benih-benih pokok bunga di sepanjang laluanmu”
”Air yang menitik keluar bukanlah pembaziran tetapi rahmat pada pokok-pokok ini yang saban tahun menghadiahkan bunga-bunga indah kepadaku”

Bunga-bunga itu akan Seri kutip dan digubahnya menjadi karangan bunga. Harum bunga-bungaan menyegarkan hawa biliknya. Ada juga yang dititipkannya menjadi perhiasan rambut bagi menghiburkan hati. Sedikit sebanyak ini mengubat lara Seri beribu tirikan Mak Lola.

Kekurangan Itam si timba yang baginya menyusahkan, sebenarnya memberi manfaat pada pohon-pohon bunga dan pada tuannya Seri. Direflekskan pada kita manusia, tiada yang dilahirkan sempurna. Memetik kata-kata Blaise Pascal, ‘We are all something, but none of us are everything’

Terpulang pada kita untuk saling membantu bagi mengisi kekurangan masing-masing.

*Kisah diolah dari Friday Night Fever ^^,

Masyeh,
~snickers

Pst: Saje nak try2 tulih cerita hikayat. hehehe

dan ye....secara logik n sebetulnya setangkai (??) timba tak bleyh bercakap ;)

Labels:

Why should I be depressed???

Thursday, 26 March 2009
Assalamualaikum w.b.t

Everyday bangun, esp duduk di hall sorang2 nie..kadang-kadang rase sangat depressed.homesick.unmotivated.arghhh..u name it! tapi kan, these negative emotions tak mendatangkan any kebaikan pun. kita rasa tak happy.orang lain happy je.so nape kita nak depressed kan??so, i learnt a way to avoid these negative feelings nie. senang jer..start bgn dari tidur..try to come out with at least 100 reasons for us to be grateful.and indeed, the first hour pun dah boleh list 25-30 things..and continue doing it throughout the day, insyaAllah boleh dapat more than 100 things. just focus on finding things to be grateful..insyaAllah you'll have a better day! tak rase nak depressed pun or stress ke sebab lagi ada lagi banyak benda yang kita perlu bersyukur dari complain..:)

hehehe..sekian!

coffee

Labels: ,

Lagu-lagu cinta..

Assalamualaikum w.b.t

Semalam memang best sebab dapat berpiknik dengan kakak-kakak yang comel-comel. Alamak..lupa! ade juga adik yang comel. Best menghirup udara segar menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Tak bermakna rumput dan pokok-pokok sahaja..ahli-ahli perkelahan pun ciptaan Allah juga. Best sungguh dapat meluangkan masa dengan mereka. Seronok dan bermakna.

Tapi study circle kami tidak lupa.walaupun terpaksa menahan kesejukan di sebelah kandang biri-biri, sangat-sangat menarik mendengar kata-kata Kak Ema."Wah..gitu!"kata adik sorang yang comel tu. Tapi saya tulis hari ini bukanlah nak bagi laporan aktiviti kami semalam. Cuma nak menyentuh satu perkara. Ada seorang ahli kami bertanyakan, apakah tidak elok mendengar lagu-lagu cinta yag bukan nasyid?? Kak Ema senyum dan menjawab, "Eh tidak! As long as kita dapat relate kan dengan cinta kita kepada Allah dan Islam dan bukanlah melalaikan dan mengasyikkan, ok je!" Hmm..seriesly, tak terlintas saya untuk berbuat demekian. All this while kalau dengar lagu, memang tak pernah relate. Saya pula jenis sangat senang affected by songs..esp if the lyrics are beautiful!!DAn mendengar lagu adalah hobi saya dari kecik lagi.So, susah juga kalau terpaksa stop listening. Tapi idea kak Ema ni Alhamdulillah memang bernas. Listen to love songs and relate with our love to Allah..hmm. i think everybody should try to do it. :)

Contoh kan lagu "Kaulah Segalanya"..and imagine we sing that song to express our love to Allah s.w.t. masyaAllah!

hehe..itu sahaja! sekian!

coffee

p/s: thanx kak ema!!

Labels:

Keriangan Hari Sabtu

Saturday, 7 March 2009
Hari minggu memang hari yang sangat saya tunggu-tunggu. 2 hari yang bebas dari neurobiology (hehe), dan kestresan memaksa keterbukaan mata menjelang kelas petang. Leka menghadap komputer, saya tak sedar jam dah pun pukul 10 pagi.

”dh terlambat??”
”aisk..beratnye tulang nak gerak pi bersiap. Ikut perasaan cam nak landing je sepanjang hari ni”
“tapi jap lagi pengetua dah nak sampai dengan kereta amik saya ngan coffee nih”

Saya pun dengan perlahannya bersiap, berjalan ke arah kereta etc etc etc dan akhirnya sampai ke sekolah dengan hati yang masih tertinggal di castle leazes.

Sepanjang kelas, adik-adik kecik saya riuh dengan gelagat masing-masing. Ada yang baru pertama kali datang, menangis sebab takutkan kawan-kawan baru. Sabar je si ibu tenangkan anak bujangnya yang berkeras nak memegang pedang starwars sewaktu kelas berjalan. Tengah-tengah konsentret mengajar, tetiba rasa baju ditarik, rupa-rupanya ada yang minta ditemankan ke tandas.

Sebelum tamat kelas, ada pula yang sedar kehilangan stokin. Jenuh mencari satu sekolah, dah nak give up ingatkan ada adik lain yang tersilap pakai stokin dia. Cari punya cari, rupa-rupanya ada dalam poket kawan yang tolong simpankan. Dia terlupa nak bagi pada si kawannya.

Di akhir kelas, adik yang menangis tadi dah bergurau senda dengan kawan-kawan dan saya tidak dapat tidak bergembira bersama 18++ kanak-kanak semuda 3 tahun.

Tapi yang paling membuatkan hati saya terdetik adalah kesanggupan kanak-kanak ini datang walaupun mereka dah kepenatan bersekolah sepanjang minggu, kesungguhan mereka menyebut satu-satu huruf dalam iqra’. Tak kisah belajar berwudhu’ dengan airs ( air yang sejuk macam ais). Dan walaupun tidak jelas butir bacaannya cukup semangat bila ramai-ramai berdiri dalam saf bersolat zohor.
Macam mana kanak- kanak ini boleh tetap belajar dengan girangnya walaupun penat?

Dan ibu-ibu dan ayah-ayah sanggup ulang alik sejauh dari sunderland menghantar anak kepada kami yang serba kekurangan ilmu? Menghantar dan menjemput cikgu-cikgu. Tolong bekalkan kami dengan lunch sedap lagi.

Dan macam mana saya boleh sanggup rasa malas untuk membimbing kanak-kanak sebersih kain putih ini?

Terima kasih kerana menyedarkan saya, saya punya tanggungjawab atas sekelumit mana pun ilmu yang saya ada. Thanks for giving me chance to feel the sweetness of sharing. And thanks for a day of laughters!! Already I miss you all cuties


Salam,
~Snickers

pst: saya akan berusaha ingat semua nama kamu!! Selalu tertukar nama.ehe..mahap atas kekurangan diri

Labels:

baik + bangga = 0 ?

Assalamua’alaikum w.b.t

Sememangnya semua orang akan berasa excited dengan kedatangan hari jadi masing-masing. Tidak terkecuali diri saya sendiri. Sememangnya cukup sensitive dengar perkataan bulan Mac, rasa gembira terus melonjak-lonjak. Tidak tahu mengapa. Mungkin orang lain tidak pula begini tapi saya memang tidak sabar menanti hari kelahiran. Bukan kerana hadiah ataupun apa. Mungkin bersemangat menerima kedatangan satu lembaran tahun baru dalam hidup. Macam-macam azam ditanam. Begitula selalunya saya dan birthday ini.

Tapi entah mengapa. Tahun ini rasa sayu sangat hendak mencecah umur 20 tahun. Rasa bercinta sangat untuk beberapa hari ini untuk berlalu sebab rasa sangat sedih memikirkan diri ini sudah 20 tahun hidup di muka bumi ini. Sebab bila selak balik muka-muka surat hari-hari semalam, pelbagai keraguan dan pertanyaan timbul. Apakah sudah bererti 20tahun hidup ku? Apakah suadah banyak pengorbanan atau sumbangan saya lakukan kepda diri,keluarga,Negara dan yang penting sekali agama? Or apa yang saya korbankan is it significant or appropriate? Im not dwelling or regretting but we always have to look back to learn from our mistake right? Lalu saya terkedu sebab rasa “I’ve done nothing!”

I came across this ayat a few days back:
“Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata: “Hijraan mahjuuraa” . Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”
(Surah Furqan: Ayat 21-23)


Thinking back, all this while saya rasa sangat selesa. I thought well that semua solat dan amalan-amalan sunnah yang dilakukan cukup untuk menempuh hari Akhirat. Yes. I always thought it so. But then, this ayat is like an alarm. Astaghfirullah..what I’ve done!

Living in Newcastle, a very nice city but sayangnya ia merupakan tanah kafir makes us to come across with people doing things that Islam always forbid us every day: drinking alcohol, pergaulan bebas lelaki & perempuan, gaya pemakaian yang mendedahkan almost everything. Well, kita jumpa juga all these things kat Malaysia. And of course, akan tergerak hati mengutuk perbuatan terkutuk ini. But the question is not about those people’s bad deeds; it’s about the basis of our ‘kutukan’.

Selalu tergerak hati menghina minah-minah saleh memakai mini sekerat but I realized there were times, kutukan itu bukan out of our disgust towards pendedahan aurat. Tanpa kita sedari, kita sometimes mengutuk kerana kita rasa “Aku lebih baik”.

Hidup di dunia kafir ini banyak cabarannya. Tapi cabaran yang paling tinggi bagi diriku bukanlah pub ataupun arak, tetapi kecenderunganku untuk merasa bangga sangat-sangat tinggi. Not in the way that riak dengan kecemerlangan dalam akademik.
As I said, It happens when I encounter minah-minah saleh di tepi-tepi jalan. Melihat mereka di dalam mini sekerat atau baju yang menampakkan segala lurah dendam mesti membuatkan hatiku terdetik mengutuk gaya pemakaian minah-minah saleh itu. Secara tidak langsung, timbul rasa bangga kerana diriku bertudung litup menjaga aurat. Bangga bukan kerana Islam itu indah thus validates my love towards Islam kerana menyeru kita menutup aurat because obviously pendedahan aurat memang bertujuan untuk menarik mata memandang which is totally no-no in Islam except for husband and wife kan? and it drives towards zina indeed.
But kita bangga kerana it accomplishes the feeling of ‘aku lebih baik’. Memang betul bahawa berpakaian sedemikian mengingkari suruhan Allah tapi bukankah riak begitu juga? Kita tak sedar yang jauh banyak kekurangan diri, tapi of course mana yang nampak kita lebih baik yang itu kita asyik pegang.

Aku lebih baik sebab menutup aurat. Aku lebih baik kerana sering solat di masjid berjemaah. Aku lebih baik dari semua kerana kita always recite Quran after Maghrib. Aku lebih baik dari kawan-kawan kat uni lain sebab aku pegi usrah. There are always times kita terfikir ini tapi kita tak sedar. Sedangkan, bukankah riak,takbur atau ujub itu suatu membatalkan syahadah kita?

Kita selalu cakap tentang Muslim kat UK ini sebab ada yang minum arak and etc. Apakah kita cakap itu kerana kita benar-benar sedih akan saudara kita yang kesesatan ataupun sebab kita rasa “Im a better Muslim than there are.” If we don’t think this way, do we put any effort to get them back to the right track? Err..I don’t unfortunately.

And memang nature kita as manusia suka membanding diri dengan yang kurang supaya kita nampak lebih baik. Kesalahan orang always kita nampak, supaya kebaikan kita nampak banyak relative to theirs.Sedangkan lompang atau kekurangan dalam diri masih banyak and of course it hurts us to see people with more good deeds sebab nanti terpancar segala kekurangan kita. Then, we always decide to avoid such comparison.

So, ayat Surah Furqan tadi memang menyedarkan sebab kadang-kadang kita terlalu pegang kepada amalan-amalan kita yang tak seberapa itu dan tidak sedar bahawa niat kita melakukan semua itu kadang-kadang memang terpesong. And nauzubillah masa akhirat nanti, amalan yang kita pikir boleh membantu kita menjadi debu berterbangan sahaja kerana kita memandang tinggi pada diri kita.

No one is better in this world except for orang yang beriman dan bertaqwa. And it’s not us to judge who is and who is not. We are all slave to Allah and that’s just it!
This may not apply to all but it may remind us to keep our niat right.

jzkk

Coffee

Labels: