Kisah Timba yang Bersedih

Assalamualaikum w.b.t
Di bawah merupakan cerita menggunakan nama-nama rekaan yang tak ada kaitan dengan hidup mahupun yang telah pergi.
Alkisah…….
Perang dan Itam adalah dua timba yang digunakan oleh Seri sejak dari kecil untuk mengangkut air dari perigi setiap hari untuk bekalan air di rumah. Itu cuma satu contoh tugas ringan dari siri kerahan tenaga oleh ibu tirinya Mak Lola. Menggunakan sebatang kayu, Perang dikandar disebelah kirinya manakala Itam di sebelah kanan.
Itam mempunyai rekahan di dasarnya. Sepanjang perjalanan, air akan menitis keluar dari timba lalu setiap kali, cuma setengah timba air yang tinggal setiba di rumah. Manakala Perang sempurna tanpa cacat cela menampung keseluruhan air. Ini membawa kepada perasaan rendah diri pada Itam. Selepas beberapa tahun, Itam akhirnya tidak mampu lagi membendung perasaan lalu berkata pada Seri,
”Aku amat tidak berguna. Kau bersusah payah menimba air dan mengangkatnya namun disebabkan rekahan di tubuhku, kerjamu jadi sia-sia”
”Aku tidak sesempurna Perang yang mampu melakukan tugasnya dengan baik”
Seri tersenyum sambil mencapai Itam lalu dibawa berjalan sepanjang laluan ke perigi. Alangkah peliknya Itam bila sebelah bahu jalan ditumbuhi pokok-pokok bunga manakala yang sebelah lagi hanyalah batu-batu kelihatan. Melihat riak kekeliruan pada wajah Itam, Seri menjelaskan,
” Aku sedar akan rekahan yang ada padamu. Lalu sengaja aku tanam benih-benih pokok bunga di sepanjang laluanmu”
”Air yang menitik keluar bukanlah pembaziran tetapi rahmat pada pokok-pokok ini yang saban tahun menghadiahkan bunga-bunga indah kepadaku”
Bunga-bunga itu akan Seri kutip dan digubahnya menjadi karangan bunga. Harum bunga-bungaan menyegarkan hawa biliknya. Ada juga yang dititipkannya menjadi perhiasan rambut bagi menghiburkan hati. Sedikit sebanyak ini mengubat lara Seri beribu tirikan Mak Lola.
Kekurangan Itam si timba yang baginya menyusahkan, sebenarnya memberi manfaat pada pohon-pohon bunga dan pada tuannya Seri. Direflekskan pada kita manusia, tiada yang dilahirkan sempurna. Memetik kata-kata Blaise Pascal, ‘We are all something, but none of us are everything’
Terpulang pada kita untuk saling membantu bagi mengisi kekurangan masing-masing.
*Kisah diolah dari Friday Night Fever ^^,
Masyeh,
~snickers
Pst: Saje nak try2 tulih cerita hikayat. hehehe

dan ye....secara logik n sebetulnya setangkai (??) timba tak bleyh bercakap ;)
Labels: words to ponder
»Post a Comment