CoFFee & SniCkeRs






Keriangan Hari Sabtu

Hari minggu memang hari yang sangat saya tunggu-tunggu. 2 hari yang bebas dari neurobiology (hehe), dan kestresan memaksa keterbukaan mata menjelang kelas petang. Leka menghadap komputer, saya tak sedar jam dah pun pukul 10 pagi.

”dh terlambat??”
”aisk..beratnye tulang nak gerak pi bersiap. Ikut perasaan cam nak landing je sepanjang hari ni”
“tapi jap lagi pengetua dah nak sampai dengan kereta amik saya ngan coffee nih”

Saya pun dengan perlahannya bersiap, berjalan ke arah kereta etc etc etc dan akhirnya sampai ke sekolah dengan hati yang masih tertinggal di castle leazes.

Sepanjang kelas, adik-adik kecik saya riuh dengan gelagat masing-masing. Ada yang baru pertama kali datang, menangis sebab takutkan kawan-kawan baru. Sabar je si ibu tenangkan anak bujangnya yang berkeras nak memegang pedang starwars sewaktu kelas berjalan. Tengah-tengah konsentret mengajar, tetiba rasa baju ditarik, rupa-rupanya ada yang minta ditemankan ke tandas.

Sebelum tamat kelas, ada pula yang sedar kehilangan stokin. Jenuh mencari satu sekolah, dah nak give up ingatkan ada adik lain yang tersilap pakai stokin dia. Cari punya cari, rupa-rupanya ada dalam poket kawan yang tolong simpankan. Dia terlupa nak bagi pada si kawannya.

Di akhir kelas, adik yang menangis tadi dah bergurau senda dengan kawan-kawan dan saya tidak dapat tidak bergembira bersama 18++ kanak-kanak semuda 3 tahun.

Tapi yang paling membuatkan hati saya terdetik adalah kesanggupan kanak-kanak ini datang walaupun mereka dah kepenatan bersekolah sepanjang minggu, kesungguhan mereka menyebut satu-satu huruf dalam iqra’. Tak kisah belajar berwudhu’ dengan airs ( air yang sejuk macam ais). Dan walaupun tidak jelas butir bacaannya cukup semangat bila ramai-ramai berdiri dalam saf bersolat zohor.
Macam mana kanak- kanak ini boleh tetap belajar dengan girangnya walaupun penat?

Dan ibu-ibu dan ayah-ayah sanggup ulang alik sejauh dari sunderland menghantar anak kepada kami yang serba kekurangan ilmu? Menghantar dan menjemput cikgu-cikgu. Tolong bekalkan kami dengan lunch sedap lagi.

Dan macam mana saya boleh sanggup rasa malas untuk membimbing kanak-kanak sebersih kain putih ini?

Terima kasih kerana menyedarkan saya, saya punya tanggungjawab atas sekelumit mana pun ilmu yang saya ada. Thanks for giving me chance to feel the sweetness of sharing. And thanks for a day of laughters!! Already I miss you all cuties


Salam,
~Snickers

pst: saya akan berusaha ingat semua nama kamu!! Selalu tertukar nama.ehe..mahap atas kekurangan diri

Labels:

« Home | Next »
| Next »

»

Post a Comment